Kucing gigit leher warga emas untuk selamatkannya dari rumah terbakar


RUSIA - Seekor kucing berjaya menyelamatkan pemiliknya dari rumah yang terbakar selepas haiwan itu menggigit leher wanita itu dan mengiau untuk mengejutkannya dari tidur. 

Lyosha menggigit leher Dina Nikolayevna, 79, selepas menyedari peti ais dan periuk nasi elektrik di dapur terbakar. 

Sebaik saja bangun, Dina terkejut dan terus meminta bantuan dari jirannya untuk menghubungi bomba. 

Lima minit kemudian bomba tiba di tempat kejadian dan memadamkan kebakaran itu. 

Bomba berkata, jika Lyosha tidak bertindak cepat, Dina pasti maut akibat keracunan karbon monoksida. 

Dina pula berkata, masih terlalu awal untuk dia mati kerana tidak lama lagi dia akan menyambut ulang tahun kelahirannya. 

Bomba percaya kebakaran itu berlaku berpunca dari litar pintas.

Sumber: Daily Mail


Sumber : thereporter.my