Naim Daniel Masih Belum Dapat Bukti Isu Hak Cipta Lagu Sumpah Dari Dayana


Baru-baru ini, seperti mana yang semua tahu Dayana Amerda, bekas kekasih Naim Daniel menuntut hak cipta lagu Sumpah yang dinyanyikan Naim Daniel. Dayana mahu Naim membuat pengakuan sendiri dan bersikap jujur lagu Sumpah adalah hasil ciptaan Naim bersama Dayana. Pada hari Rabu yang lepas, Dayana membuat sidang media dan memberi tempoh seminggu untuk Naim membuat pengakuan.

BACA : Bekas Kekasih Naim Daniel Tuntut Hak Cipta Bersama Lagu Sumpah


Selepas Dayana membuat sidang media, syarikat pengurusan Naim, World Peace (WP) Entertainment Sdn Bhd mahu Dayana sendiri menunjukkan bukti melalui emel yang lagu Sumpah itu adalah hasil ciptaan dia bersama. Tapi sampai ke hari ini, WP Entertainment Sdn Bhd dikatakan masih belum menerima apa-apa bukti melalui emel daripada pihak Dayana berkaitan isu hak cipta lagu Sumpah.

BACA : Naim Daniel Mahu Bukti Hak Cipta Lagu Sumpah, Keluarga Bekas Kekasih Tersinggung


WP Entertainment juga mengatakan yang setakat ini, tidak ada apa-apa ttindakan yang diambil mereka. Sekiranya Dayana ada menunjukkan bukti, barulah tindakan lain akan diambil. Pihak mereka akan membuat sidang media mengenai isu hak cipta lagu Sumpah sempena pelancaran single terbaru Naim Daniel bersama Man Kidal, Sembah tak lama lagi.

Sumber : Berita Harian

+ Baca respon pembaca Naim masih belum dapat bukti di Facebook Oh! Media


Sumber: Oh! Media