Proton X70 telahpun memasuki pasaran Malaysia tapi hanya sebagai versi CBU sejak Disember 2018 lalu dan baru-baru ini, Proton X70 dah ada yang versi pemasangan tempatan (CKD) dari Tanjung Malim dan telah dilancarkan dengan harga bermula RM94,800 bagi spek yang rendah sehingga RM122,800 untuk spek yang paling tertinggi untuk model X70 ini.
Logo lebih garang
Kotak gear 7-kelajuan
Perubahan paling besar dan mengagumkan yang dilakukan kepada Proton X70 CKD adalah dengan kehadiran kotak gear DCT 7-kelajuan baharu yang dipanggil DCT7 bagi menggantikan kotak gear yang lama berjenis konvensional 6-kelajuan pada X70 CBU. Kalau korang nak tahu, 7-DCT adalah teknologi transmisi yang telah dibangunkan oleh Geely bersama jenama pengeluaran kereta gergasi dari Germany, Volvo. Pergh! Bukan kaleng-kaleng gais.
Warna baru yang tak terlalu garang dan lembut
Oh ya, X70 CKD turut hadir dengan warna baharu iaitu Space Grey (kelabu kebiru-biruan). Ohmedia sendiri berpendapat yang kenderaan utiliti sukan (SUV) ini perlu sedikit berbeza seperti apa yang Pandu Laju harapkan supaya nampak kelaian dari yang versi CBU, tapi apalah kuasa kita untuk mengomplen, kah! Lencana pun lencanalah, janji adalah juga bezanya.
Untuk mengetahui yang lebih mendalam tentang Proton X70 CKD yang baru dilancarkan ini, korang boleh layan video dibawah yang telah dipandu uji oleh Pandu Laju sendiri. Enjoice!
Sumber : Pandu Laju
Sumber: Oh! Media