Tentera Israel Lepaskan Tembakan Ketika Orang Sedang Solat Subuh


Tadi Ohmedia ada kongsikan tentang serangan Rejim Zionis ke atas Gaza yang dilakukan secara mengejut tanpa sebarang amaran. Tetapi, rupa-rupanya serangan ini juga melibatkan Masjid Al-Aqsa, dimana tentera Israel telah menyerbu masuk ke dalam perkarangan Masjid.

BACA: Rejim Zionis Sekali Lagi Serang Gaza Tanpa Beri Sebarang Amaran Dan Belas Kasihan

Mereka bukan hanya menyerbu, tetapi turut melepaskan beberapa tembakan ketika umat Islam sedang menunaikan solat Subuh di dalam masjid ketiga paling suci umat Islam sehingga menyebabkan suasa tegang.

Video ini dikongsikan oleh Aman Palestin Shah Alam di Twitter mereka dan dapat dilihat orang awam berlari menyelamatkan diri mereka setelah mendengar tembakan.


OHMEDIA: Apa lagi yang boleh kita lakukan? Walaupun mungkin kita tidak dapat ke sana untuk berjuang, kita masih boleh membenci dengan hati dan kongsikan apa sahaja yang melibatkan kekejaman Israel agar semua mengetahui apa yang sedang berlaku.


Sumber: Aman Palestin

+ Baca respon pembaca Oh! Media.

Sumber: Oh! Media