(Video) 'Wanita jadian' ditembak mati kerana guna tandas wanita di restoran


Seorang wanita transgender ditembak mati di Puerto Rico selepas menggunakan tandas wanita di restoran makanan segera, McDonald's. 

Neulisa Luciano Ruiz dibunuh pada awal pagi Isnin lalu di Tao Baja, utara Puerto Rico. 

Video kejadian juga tersebar dia media sosial yang menunjukkan dua lelaki menjerit pada seorang individu yang dipercayai adalah Ruiz. 

Polis kini sedang menyiasat sama ada video itu mempunyai kaitan dengan kes pembunuhan itu. 

Salah seorang daripada suspek berkata, "Aku akan tembak dia!" 

Susulan kes kematian Ruiz atau nama sebenarnya, Alexa, aktivis LGBT di Puerto Rico, Pedro Julio Serrano mendesak pihak berkuasa menyiasat kes pembunuhan itu yang dilabelkan sebagai jenayah kebencian. 

Menurut Julio, Alexa telah diekori dan diburu sebelum dibunuh serta video viral itu jelas sekali menunjukkan bukti bahawa kes itu bermotifkan kebencian. 


Sumber: Daily Star


Sumber : thereporter.my