--> Skip to main content

Zed Zaidi Didakwa Kerana Keluarkan Berita Palsu?


Akibat menaikkan berita palsu mengenai wabak koronavirus, Presiden Persatuan Seniman Malaysia iaitu Zed Zaidi telah didakwa ke mahkamah. Penyebaran berita palsu ini memang bahaya kerana ia membuatkan netizen menjadi huru-hara.

Zed Zaidi sebelum ini telah menaikkan satu status di media sosial melalui laman breakyourownnews.com. yang membolehkan kita meletakkan gambar dan tulisan yang akan dilihat sama seperti sebuah berita.


Tapi, Zed Zaidi tampil mempertahankan dirinya yang mengatakan ia hanya bahan sendaan dan mendakwa dirinya tahu yang berita itu adalah palsu.

Memang benda tu kita tahu aplikasi berita yang boleh buat apa saja. Takkan la saya tak tahu tu berita palsu. Apa yang saya cuba buat adalah nak pautkan berita yang dibuat dengan gambar-gambar banyak pakai topeng muka sebab nak link saya pakai topeng tu. - Kata Zed Zaidi.

OHMEDIA: SEBENARNYA TIDAK KISAH LAH APA TUJUAN DAN NIATNYA, JANGAN SEKALI-KALI MENGGUNAKAN ISU SEPERTI WABAK BAHAYA INI SEBAGAI SENDAAN ATAU GURAUAN.

Sumber: Malaysia Kini

+ Baca respon pembaca yang bencikan berita palsu di Facebook Oh! Media.


Sumber: Oh! Media
Tarikh Artikel: 21 February 2020
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...