--> Skip to main content

ATM Sifatkan Peratusan Ingkar PKP Masih Serius


Hari ini sudah masuk hari keenam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan wabak COVID-19 yang sekarang sudah mencecah 1,306 kes melibatkan jumlah kematian sebanyak 10 orang. Perintah larangan ini juga telah melibatkan bantuan Angkatan Tentera Malaysia, ATM kerana dilihat rakyat Malaysia tidak memandang serius perintah yang telah dikeluarkan.

Dipetik dari Berita Harian, ATM berpendapat 10 peratus rakyat masih ingkar dengan PKP dan menyifatkan peratusan yang masih ingkar ini adalah serius dan perlu ditangani dengan segera kerana ia mewakili tiga juta dari keseluruhan rakyat Malaysia. Pihak ATM juga menasihatkan agar tidak mudah terpengaruh dengan  berita membabitkan maklumat, gambar atau video atau rakaman suara yang tidak munasabah yang bakal diambil oleh tentera.

Sumber gambar dari Malaysian Gazette
Untuk info, seramai 7,500 anggota ATM daripada ketiga-tiga perhidmatan ditugaskan bersama-sama anggota PDRM di 405 lokasi sekatan jalan raya serta 272 lokasi lagi adalah rondaaan MPV di seluruh negara seperti yang dipetik dari sumber Berita Harian.

OHMEDIA: HARAP PERATUSAN INI MENURUN HARI INI MEMANDANGKAN SUDAH MASUK HARI KEENAM PKP. SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA YANG BERTANGGUNGJAWAB, KITA SEHARUSNYA PATUH DENGAN PERINTAH YANG TELAH DIKELUARKAN BAGI MEMBENDUNG PENULARAN WABAK COVID-19

Sumber: Berita Harian

+ Baca respon pembaca ATM sifatkan peratusan ingkar PKP masih serius di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media
Tarikh Artikel: 23 March 2020
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...