--> Skip to main content

'Bersama-sama kita tangani wabak Covid-19' - MAHB prihatin, saran para penumpang patuhi jarak sosial


Dalam tempoh perintah kawalan pergerakan yang mula dilaksanakan sejak 18 hingga 31 Mac 2020, kebanyakan peniaga dan pengusaha menutup premis masing-masing sebagai langkah menyokong usaha kerajaan untuk menangani wabak Covid-19 yang semakin hari menunjukkan peningkatan kes. 

Dalam masa yang sama, Malaysia Airport Berhad (MAHB) juga menyeru orang ramai memainkan peranan masing-masing dengan duduk di rumah agar usaha memutuskan rangkaian jangkitan penyakit ini berjaya ditangani.



Namun begitu, bagi individu yang mempunyai urusan yang tidak dapat dielakkan dan menaiki penerbangan awam, MAHB menasihatkan para penumpang mematuhi garis panduan jarak sosial yang baru dilaksanakan. 

Jarak sosial menetapkan seseorang individu itu perlu menjarakkan dirinya daripada individu lain sekurang-kurangnya 1 meter. Elakkan berkumpul di tempat yang mempunyai ramai orang bagi mengelakkan anda terkena jangkitan Covid-19. 





Seperti yang dikongsikan MAHB melalui Twitternya, para penumpang perlu menjarakkan diri dari individu di depan dan belakang. Begitu juga apabila berada di dalam lif serta ketika duduk di kerusi yang disediakan. 

Bersama-sama kita menangani wabak Covid-19, semoga Malaysia bebas dari jangkitan virus berbahaya ini secepat mungkin. 



Sumber : thereporter.my
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...