--> Skip to main content

COVID 19: Rakyat Terengganu Dinasihatkan Berjaga-jaga, Ikut Langkah Pencegahan


Oleh: Aslam Wira

KUALA TERENGGANU, 12 Mac - Rakyat Terengganu dinasihatkan supaya sentiasa berjaga-jaga dengan penularan wabak coronavirus (Covid-19) yang kini berada di peringkat kedua.

Setelah wabak ini diisytiharkan sebagai 'pandemik' oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kerajaan negeri telah mengeluarkan satu pekeliling untuk menangguhkan sebarang program yang melibatkan orang ramai.

Arahan ini juga adalah tertakluk kepada Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu ekoran daripada penularan wabak yang semakin meningkat di Malaysia.

Kerajaan negeri telah menggesa semua program-program yang melibatkan perhimpunan melebihi 100 orang peserta hendaklah ditangguhkan buat sementara waktu.

Berdasarkan statistik daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sehingga jam empat petang semalam seramai 158 orang telah dilaporkan positif COVID-19.

Walaubagaimanapun, Terengganu masih lagi terkawal dan tiada kes disahkan positif dilaporkan setakat ini.

Orang ramai boleh mengikuti perkembangan terkini mengenai wabak COVID-19 dan langkah-langkah pencegahan dan kawalan yang disyorkan daripada laman sesawang KKM, http://www.moh.gov.my @ https://ift.tt/2tbnnPt

Sumber: teganukita.net
Tarikh Artikel: 13 March 2020
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...