Cristiano Ronaldo Jadikan Dua Hotel Miliknya Hospital, Rawat Covid-19


Siapa jer yang tak kenal pemain bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo yang merupakan menyerang pasukan gergasi iaitu pasukan Juventus. Sepertimana yang semua orang tahu, Cristiano Ronaldo merupakan seorang yang pemurah hati dan suka menolong orang ramai ketika dia berada diluar padang.


Baru-baru ini, Ronaldo dikatakan telah membuat keputusan untuk menggantikan dua hotel miliknya di Portugal dan menjadikannya hospital untuk melakukan rawatan wabak Covid-19 yang tengah melanda dunia sekarang ni.


Menurut Marco.com iaitu akhbar dari Sepanyol, Ronaldo telah membuat keputusan untuk menukar hotelnya kepada hospital secara sementara dan semua kos rawatan yang dikenakan oleh pesakit yang terkena wabak koronavirus ini tidak akan dikenakan sebarang bayaran dan akan ditanggung sendiri oleh Ronaldo. Hotel yang dikatakan ialah di Lisbon di ibu kota Portugal dan satu lagi di Fuchal iaitu kampung halaman ronaldo sendiri.


Dikatakan juga kepada doktor dan jururawat yang bertugas di hotelnya itu nanti juga akan ditanggung oleh dirinya sendiri. Baik betul hati pemain bola sepak terkenal ni, sanggup buat apa saja demi meringankan beban orang sekelilingnya.

Sumber : Marca

+ Baca respon pembaca CR7 jadikan hotelnya hospital di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media