Dapatkan Samsung Galaxy Fold Dengan Diskaun RM2,000


Samsung Galaxy Fold adalah telefon pintar dengan skrin yang boleh dilipat daripada Samsung yang telah dilancarkan pada tahun lepas. Harga yang ditawarkan untuk Samsung Galaxy Fold ini adalah RM8,388 dan ianya agak mahal untuk seseorang individu memiliki. Tapi kalau dah minat dan mampu apa salahnya untuk memilikinya.

Bagi sesiapa yang nakkan telefon pintar lipat daripada Samsung ni, korang boleh dapatkannya di SenQ sebab mereka ada buat promosi yang membolehkan semua orang dapatkannya dengan diskaun sebanyak RM2,000 gais. Maknanya, korang boleh dapatkan Samsung Galaxy Fold ini pada harga RM6,388 sahaja. Oh ya, promosi ini hanya ditawarkan sehingga 31 March 2020 ini sahaja. Jadi, kepada sesiapa yang berminat, korang bolehlah dapatkannya di laman web SenQ sementara mereka masih membuat promosi dengan harga yang berbaloi ni.


Disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan yang berlanjutan sehingga 14 April nanti, korang boleh buat pembelian di laman web SenQ ya. Untuk penambahan info, Samsung Galaxy Fold ni hadir dengan rekaan skrin besar yang seumpama tablet dan boleh dilipat untuk membentuk telefon pintar. Ia juga turut dilengkapi dengan spesifikasi yang tinggi serta kualiti kamera yang cantik.

Sumber : Amanz

+ Baca respon pembaca peminat Samsung Galaxy Fold di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media