Hans Isaac Tidak Terima Sikap Ego Donald Trump, Mahu Beli Vaksin Covid-19 Buat Amerika Syarikat Sahaja


Alamak, nampaknya bukan Hans Isaac jer tak suka dengan sikap ego Presiden Amerika Syarikat iaitu Donald Trump tapi termasuk ramai orang juga! Baru-baru ini, Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), Datuk Hans Isaac memuatnaik satu video di Instagramnya, @hansisaac.


Beliau mengkritik Donald Trump kerana sanggup ingin membeli vaksin Covid-19 secara ekslusif buat Amerika Syarikat sahaja gais. Tindakan Donald membuatkan Hans tidak menerima cara pemikiran dan sikap ego presiden tersebut.

Sorry, i’m never political with my comments but i can’t take this egocentric idiot mindset nor thinking. How the hell did he get voted in as president of “THE UNITED STATES OF AMERICA”????? (and well done to Germany for making a stand).

Ohmedia setuju dengan kritikan Hans Isaac. Sesuka hati dia jer nak beli vaksin secara ekslusif padahal bukan untuk dijual. Tak sangka Donald ni jenis yang ego dan mementingkan diri sendiri. Stay safe everyone! Jaga kebersihan pada tahap yang tinggi ya? Duduk rumah diam-diam.

OHMEDIA: SEMOGA ALLAH LINDUNGI KITA SEMUA DARIPADA JANGKITAN WABAK COVID-19.

Sumber: Instagram

+ Baca respon pembaca sokong Hans Isaac di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media