Ibu Hidap Kanser Lidah Tahap 4, Tinggalkan Nota Terakhir Untuk Anak Sebelum Mata Bengkak & Tutup Sepenuhnya


Hati anak mana yang tak sedih apabila melihat seorang ibu menanggung kesakitan? Begitulah yang terjadi kepada seorang pengguna di Facebook, Nurul Shafina Mazani bahawa ibunya menghidap kanser lidah tahap 4 sejak bulan Mei tahun lalu.


Baru-baru ini, Nurul Shafina atau lebih dikenali sebagai Piena berkongsi beberapa gambar nota terakhir dari ibunya. Ohmedia rasa sebak bila baca satu-satu, teringat ibu Ohmedia dekat rumah tu. Hmm. Menurut Piena, nota tersebut adalah yang terakhir ditulis ibunya sebelum kedua-dua matanya membengkak dan tidak dapat melihat sepenuhnya.


Nukilan terakhir mak tulis dalam buku sebelum mata mak keduanya bengkak dan tertutup sepenuhnya. Mak dah tak boleh berkata-kata. Dah tak boleh bersuara lagi. Lidah mak dah mengeras sepenuhnya. Mak hanya mampu menulis. Kata-kata nasihat dari mak, Piena akan ingat sampai bila-bila. Kami adik-beradik akan ingat pesan mak untuk selamanya. Sebak hati bila baca apa yang mak tulis. Nasihat mak untuk kami adik-beradik sentiasa terngiang-ngiang dalam ingatan. Semoga Allah permudahkan segala urusan mak. Mak cepat sihat ya. Piena rindu mak yang dulu. Piena, adik-adik dan abah tak kuat tanpa mak. Kami semua perlukan mak. Mak penyeri rumah. Mak segalanya buat kami. LOVE YOU MAK! Simpan sini sebagai kenangan. Syurgaku.

Hmm. Ohmedia doakan agar ibu Piena kembali sihat seperti sediakala. Bagi yang ingin menghulurkan sumbangan untuk ibu Piena, boleh sumbangkan ke akaun 161284049814 (Maybank) milik Nurul Shafina Mazani okay!

OHMEDIA: SYURGA DI TELAPAK KAKI IBU. INGAT GAIS!

Sumber: Facebook

+ Baca respon pembaca doakan ibu Piena di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media