Ini Apa Yang Diberikan Oleh Boss Besar Shell Kepada Pelajar Viral Ambil Result Pakai Baju Shell


Adik-adik SPM 2019 semalam sudah pergi ambil keputusan dan seperti biasa banyak perkongsian dari mereka bersama rakan-rakan. Tahniah Ohmedia ucapkan kepada anda semua yang berjaya memperoleh keputusan cemerlang.

Semalam juga viral gambar yang menunjukkan seorang pelajar yang naik pentas ambil result dengan memakai baju kerja Shell. Pada awalnya adik Amir hanya ingin bergurau dan tidak sangka pula tweetnya mendapat sambutan dan apa yang lebih menggembirakan adalah bila Amir berjaya mendapat keputusan cemerlang 5A dan mendapat sorakan dari rakan-rakan ketika menaiki pentas.


Selepas itu, ramai juga yang menjangkakan yang mungkin selepas ini pihak Shell akan memanggil adik Amir dan perkara itu betul-betul berlaku apabila Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading, Shairan Huzani Hussain yang dikenali dengan nama Pakcik Shell telah mengundang pelajar terbabit dan kedua-dua ibu bapanya untuk bertemu.


Amir menerima beberapa hadiah pemberian Shell dan turut didedahkan dengan pengajian berkaitan Shell untuk kemasukan kumpulan kedua yang mengambil masa sehingga 3 tahun.


Amir turut membuat tweet terbaru dengan menyatakan minatnya untuk mengikuti pengajian bersama Shell jika diberikan peluang.


OHMEDIA: TAHNIAH KEPADA AMIR DAN SEMUA PELAJAR SPM. TIDAK KIRA APAPUN KEPUTUSAN, TERUSKAN BERUSAHA MENGEJAR CITA-CITA YA.


+ Baca respon pembaca yang bangga dengan adik Amir di Facebook Oh! Media.



Sumber: Oh! Media