Isteri Juara Program Da'i Ditahan Polis, Menipu Pelanggan Dalam Urusan Sijil Halal & KKM Bagi Produk Jamu


Menurut laporan Harian Metro, seorang isteri kepada juara program Da'i telah ditahan oleh pihak polis di pejabatnya semalam yang terletak di Desa Melawati Kuala Lumpur. Alamak! Agak-agak siapa ya?

Kalau korang nak tahu, isteri Da'i tersebut ditahan berikutan laporan polis yang telah dibuat pada Oktober tahun lalu oleh mangsa bahawa suspek telah menipunya dalam urusan Sijil Halal dan juga KKM bagi produk jamu.

Mangsa pernah berurusan dengan wanita berkenaan pada tahun 2017 yang menjanjikan menguruskan sijil halal Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) dan sijil Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi produk jamu. Mangsa sudah membayar kira-kira RM11,000 kepada wanita terbabit namun sehingga tahun lalu tiada proses dijalankan dan mangsa merasa tertipu.

Walau bagaimanapun, polis sedang mendapatkan perintah reman terhadap suspek dan siasatan lanjut sedang dijalankan. Korang rasa siapa isteri kepada juara program Da'i tu ya? Ohmedia macam boleh agak tetapi taknaklah buat andaian terlebih dahulu. Takut terfitnah pula. Huhu.

OHMEDIA: TULAH, SIAPA SURUH TAK JUJUR DALAM PERNIAGAAN. KAN DAH KENA.

Sumber: Harian Metro

+ Baca respon pembaca tak suka menipu dalam perniagaan di Facebook Oh! Media


Sumber: Oh! Media