--> Skip to main content

'Jangan Sibuk Buat Live Masa Belajar' Aliff Syukri Dapat Tawaran Di UiTM!


Sebelum ini ada juga Ohmedia dengar tentang kontroversi Dato' Aliff Syukri yang pernah mengatakan keinginannya melanjutkan pelajaran sehingga dia ada membuat permohonan di salah satu Universiti Awam di Malaysia. Ohmedia tak pastilah Universiti mana yang dia mohon tu.

Walaupun dia merasakan dirinya tidak layak untuk berada di tempat pengajian tinggi, namun baru-baru ini Aliff Syukri telah di tawarkan tempat belajar di Universiti Teknologi Mara dalam jurusan Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Perniagaan Antara Bangsa di UiTM Shah Alam.

Menerusi perkongsiannya di laman Instagram milik nya, Aliff Syukri telah berkongsi satu gambar surat tawaran dari pihak UiTM. Dia juga memberitahu bahawa walaupun ramai yang mengutuk dia, tetapi dengan usaha yang dilakukan dia telah diterima masuk dan bergelar sebagai pelajar di UiTM dengan pangkat sarjana muda.



Lebih melucukan lagi apabila melihat komen-komen yang diberikan oleh netizen. Rata-ratanya ramai yang memberikan komen berbentuk sindirin yang lucu.

OHMEDIA: OHMEDIA HARAP BILA ALIFF SYUKRI NI DAH MASUK BELAJAR, PEMIKIRAN DIA SEMAKIN TERBUKA DAN LEBIH BIJAK. INSYAALLAH.

Sumber: Aliff Syukri

+ Baca respon pembaca Aliff Syukri masuk UiTM di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media
Tarikh Artikel: 16 March 2020
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...