--> Skip to main content

Langkah Dengan Bismillah - Dr Khairuddin At-Takiri

Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri.
KUALA TERENGGANU, 10 Mac - Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang telah diberi kepercayaan oleh Perdana Menteri (PM), Tan Sri Muhyiddin Yasin memegang jawatan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komuditi bersedia menggalas tanggungjawab tersebut demi rakyat dan negara.

Sambil menyifatkan pelantikan itu satu amanah yang besar, beliau berterima kasih kepada PM serta kepimpinan parti di atas kepercayaan yang diberikan itu.

"Kita mulakan langkah dengan bismillah. Amanah dan tanggungjawab yang berat untuk dipikul.

"Namun, dengan doa kepada Allah agar sentiasa diberikan petunjuk dan ilham, dengan bantuan semua pihak yang bekerja secara kolektif dan mengamalkan konsep syura, berbincang dan berunding, dengan merujuk kepada pakar-pakar bidang dan pemain industri, insya-Allah secara bersama, kita mampu lakukan yang terbaik untuk rakyat dan negara," katanya dalam satu kenyataan di laman sosial miliknya hari ini.

Khairuddin akan mengangkat sumpah jam 3 petang ini, seterusnya bersama-sama dengan ahli Kabinet yang lain.

"Selepas selesai mengangkat sumpah, pada jam 6 petang saya akan ke pejabat Kementerian untuk mendengar taklimat awal daripada pegawai-pegawai tinggi.

"Maka bermulalah tugasan insya-Allah. Mohon doa semua," ujarnya.



Sumber: teganukita.net
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...