Leicester City meneruskan cengkaman untuk berada di kedudukan 3 teratas Liga Perdana Inggeris selepas membelasah Aston Villa 4-0 di King Power Stadium awal pagi tadi. Bekas pertahanan Manchester United, Johnny Evans hampir membuka jaringan buat tuan rumah pada minit ke-10 namun tandukan beliau berjaya ditepis Pepe Reina. Gol yang dicari tuan rumah akhirnya terhasil pada minit ke-40 selepas Harvey Barnes memperdayakan Pepe Reina yang keluar dari kotak penalti sebelum tenang merembat bola ke gawang gol melepasi 2 pertahanan Villa.
Bersambung babak kedua Leicester dihadiahkan sepakan penalti selepas bola terkena tangan pertahanan Villa, Mings. Ayam tambatan Leicester, Jamie Vardy menyempurnakan sepakan penalti tersebut untuk The Foxes selesa 2 gol di hadapan. Ketajaman Vardy sekali lagi menjadi pemusnah selepas menjaringkan gol kedua pada minit ke-79. Kini Vardy berada di tempat pertama untuk senarai penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris pada musim ini dengan 19 gol.
5 minit sebelum perlawanan tamat menyaksikan Harvey Barnes sekali lagi meledak gol kedua peribadi beliau dalam perlawanan ini selepas menerima hantaran cantik dari Albrighton. Keputusan 4-0 kekal sehingga wisel penamat dan Leicester berpeluang untuk memintas Manchester City yang kini berada di tangga kedua liga.
OHMEDIA : LEICESTER CITY PERLU KEKALKAN KEDUDUKAN 4 TERATAS UNTUK MENCERAHKAN PELUANG BERMAIN DI LIGA JUARA-JUARA EROPAH MUSIM DEPAN
+ Baca respon pembaca Leicester City Belasah Aston Villa di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media