Majlis Kenduri Paksa Penduduk Kampung Jalani PKPD


Semalam Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengeluarkan arahan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan keatas dua lokasi iaitu Kampung Dato' Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato' Ibrahim Majid di Simpang Renggam, Kluang Johor.

Arahan ini dilaksanakan selepas didapati kedua-dua lokasi mencatatkan jumlah kes positif yang tinggi. Bertindak dari itu, Ismail atas nasihat Menteri Kesihatan telah memutuskan agar PKPD dilaksanakan berkuatkuasa tengah malam semalam.

Tujunannya adalah membendung penularan jangkitan COVID-19. Dipetik dari kenyataan akhbar Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, langkah ini membolehkan aktiviti pengesanan kes dari rumah ke rumah dilaksanakan dalam tempoh 14 hari.

Dengan pelaksanaan PKPD, tiada aktiviti keluar masuk kampung dibenarkan kerana dikawal oleh PDRM, ATM, APM dan RELA serta semua aktiviti perniagaan dihentikan. Justeru itu, sepanjang PKPD dilaksanakan, makanan asas yang mencukupi akan dibekalkan kepada  semua penduduk.


Dipetik dari Berita Harian ini, seorang penduduk menceritakan, punca jumlah kes positif tinggi dicatatkan adalah disebabkan dua orang yang dikesan positif dengan COVID-19 serta majlis kenduri khawin dan dah tahlil yang dilakukan pada 15 Mac lepas di Bandar Baru Ibrahim Majid.

Keadaan ini menyebakan kadar penyebaran wabak berlaku dengan pantas , dimana ia mencatatkan 6 kes dari 83 kes yang dicatatkan di Kluang, jelasnya. Turut menambah, peningkatan akan terus berlaku sekiranya tiada usaha untuk memutuskan rangkaian wabak berkenaan dengan lebih gigih.

OHMEDIA: INI CONTOH YANG BERLAKU SEKIRANYA MASIH ADA YANG BERDEGIL MELANGGAR ARAHAN PKP. WALAUBAGAIMANA PUN BUKAN SALAH MEREKA, SEBAB PELAKSANAAN PKP BERMULA PADA 18 MAC, TIGA SEBELUM ITU. NAMUN KITA HARAPKAN AGAR ANGKA BERKENAAN TIDAK BERTAMBAH DIKHUATIRI MENJADI KLUSTER TERBARU SELEPAS HIMPUNAN TABLIGH DI MASJID SRI PETALING.

Sumber: Berita Harian

+ Baca respon pembaca majlis kenduri paksa penduduk kampung jalani PKPD di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media