MU Hampir Tersungkur, Bruno Fernandes Kembali Menjadi Hero Remaja



Manchester United hampir mengalami kekalahan di Goodison Park namun jaringan minit akhir Everton dibatalkan kerana Offside. Beraksi di tempat sendiri pastinya memberi Kelebihan buat Tuan rumah dan ianya dibuktikan selepas Everton berjaya membuka tirai jaringan seawal minit ke-3 menerusi Calvert-Lewin apabila bola yang dikeluarkan De Gea terkena pemain tersebut dan terus masuk ke gawang gol MU.



Calvert-Lewin hampir menambah jaringan tuan rumah 2 minit berselang namun sepakan beliau berjaya ditepis De Gea. Seminit kemudian MU hampir menyamakan kedudukan menerusi Nemanja Matic namun percubaan beliau terkena palang gol. Akhirnya MU berjaya menyamakan kedudukan hasil rembatan padu Bruno Fernandes dari luar kotak penalti pada minit ke-31. Padu mamat ni, 3 gol dalam 3 perlawanan liga.



Bersambung babak kedua, Tuan rumah hampir menambah jaringan namun sepakan percuma yang diambil Sigurdsson terkena tiang. Penjaga gol Everton, Jordan Pickford memainkan peranan penting selepas berjaya menepis sepakan penyerang baru MU Odion Ighalo pada minit ke-90. Calvert Lewin sekali lagi menjadi tumpuan apabila menjaringkan gol kedua Everton pada waktu kecederaan namun jaringan tersebut dibatalkan melalui keputusan VAR selepas Sigurdsson berada di posisi offside. Kedua-dua pasukan berkongsi 1 mata dan MU kekal di tangga kelima Liga Perdana Inggeris.


OHMEDIA : MANCHESTER UNITED BERAKSI SANGAT BAIK SEMENJAK KEMUNCULAN BRUNO FERNANDES

+ Baca respon pembaca MU hampir tersungkur di Facebook Oh! Media








Sumber: Oh! Media