Sejak kebelakang ini, nama Naim Daniel dan syarikat pengurusannya World Peace Entertainment selalu disebut-sebut kerana isu hak cipta lagu Sumpah yang ingin dituntut oleh bekas kekasihnya, Dayana Amerda.
Baru-baru ini pula, penyanyi yang baru saja menjadi juara di Anugerah Juara Lagu ke-34 menerima penghargaan daripada Dewan Bahsa Dan Pustaka (DBP) atas usahanya menggunakan tulisan jawi dalam klip video lagu terbarunya bersama WP Entertainment iaitu Sembah.
Naim kongsikan berita gembira ini melalui akaun Instagram miliknya dan amatlah berterima kasih kepada Dewan Bahasa Dan Pustaka atas penghargaan yang telah Naim dan WP Entertainment dapat baru-baru ini dan surat itu ditandatangani oleh Ketua Pengarah DBP sendiri, Datuk Abang Sallehuddin Abg Shokeran.
Mana antara korang yang masih belum dengar lagu Sembah tu, klip video Sembah telah mendapat lebih 1.6 juta penonton walaupun baru saja dimuatnaik beberapa minggu yang lepas dan lagu itu dimasukkan lirik melayu bersama tulisan jawi. Tahniah diucapkan kepada Naim Daniel dan World Peace Entertainment atas penghargaan yang telah mereka dapat dari DBP dan baru saja menjadi juara dengan lagu Sumpah di Anugerah Juara Lagu ke-34 Januari lepas.
Sumber : Naim Daniel
+ Baca respon pembaca Naim Daniel dapat penghargaan DBP di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media