Pengguna Whatsapp Boleh Mesej WHO Untuk Dapatkan Info Tentang COVID-19
Setelah melancarkan hub maklumat coronavirus minggu lepas iaitu WhatsApp Coronavirus Informatian Hub, WhatsApp baru-baru telah mengambil inisiatif berganding dengan Perutubuhan Kesihatan Dunia baru-baru ini dengan melancarkan alat chatbot, WHO Healht Alert, dimana chatbot ini dapat memberi respon kepada soalan pengguna WhatsApp mengenai COVID-19 dengan maklumat yang rasmi dan cepat tanpa batas waktu.
Menurut info yang dipetik dari The Star, chatbot berkenaan boleh dicapai ditalian +41 22 501 76 55 dan boleh memulakan soalan dengan menghantar mesej hi. Chatbot akan merespon segala jenis bentuk pertanyaan dengan maklumat rasmi termasuklah maklumat terbaru dan terkini mengenai wabak berkenaan.
![]() |
Sumber gambar dari Arch Daily |
OHMEDIA: MUSIM-MUSIM WABAK YANG SEDANG MELANDA, MASA INILAH KITA PERLU MANFAATKAN KEHEBATAN TEKNOLOGI DALAM MENYEBARKAN MAKLUMAT BETAPA BAHAYANYA WABAK COVID-19 INI SERTA LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN YANG PERLU DIAMBIL.
Sumber: The Star
+ Baca respon pembaca pengguna whatsapp boleh mesej WHO untuk dapatkan terkini wabak COVID-19 di Facebook Oh!Media
Sumber: Oh! Media
Tarikh Artikel: 24 March 2020