--> Skip to main content

Petaling Jaya Catat Kes Paling Banyak Jumlah Kes Dari 18 Daerah


Penularan kes wabak di Malaysia semakin membimbangkan kerana wabak berkenaan sudahpun menular kesemua negeri. Semalam sahaja 5 kematian dicatatkan dalam masa 24 jam menjadikan bilangan kematian meningkat kepada 8 orang. Oleh yang demikian, Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) telah mengeluarkan data taburan kes penularan wabak COVID-19 yang telah dikemaskini setakat 21 Mac, 12 tengah hari.

Berdasarkan data yang diberika oleh CPRC, Petaling Jaya merupakan paling banyak kes jangkitan melebihi 40 kes COVID-19 iaitu sebanyak 96 kes, diikuti Lembah Pantai (90), Hulu Langat (75), Johor Bahru (52), Seremban (42) dan Titiwangsa (41) seperti yang dipetik dari Berita Harian.

Untuk 12 lagi daerah, membabitkan kes antara 22 hingga 38 kes yang berlaku, dimana sembilan kes darinya adalah dari Semenanjung, iaitu Gombak iaitu sebanyak 38 kes, Pulau Pinang (34), Kota Bharu (29), Kluang (26), Kepong (24), Klang (23), Batu Pahat (23), Kuala Muda (23) dan Kinta (22). Manakala selebihnya adalah Tawau sebanyak 37 kes, Lahad Datu (32) dan Kuching (30).



Menurut Kementerian Kesihatan dalam tweet mereka di Twitter semalam, kes jangkitan dijangka akan bertambah minggu depan dan meminta jemaah tabligh yang belum melakukan ujian saringan agar berbuat demikian dengan segera.



Dalam masa yang sama, pihak polis Terengganu juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa, akan menjemput sendiri jemaah-jemaah tabligh dirumah mereka sekiranya mereka masih berdegil untuk melakukan ujian saringan kesihatan seperti yang diarahkan oleh KKM seperti yang petik dari Berita harian.

OHMEDIA: DIHARAPKAN JEMAAH -JEMAAH TABLIGH YANG BELUM MELAKUKAN UJIAN SARINGAN KESIHATAN, SILALAH BERBUAT DEMIKIAN, DIBIMBANGI JUMLAH KES AKAN TERUS MENINGKAT BEGITU JUGA DENGAN ANGKA KEMATIAN.

Sumber: Berita Harian | Berita Harian

+ Baca respon pembaca Petaling Jaya catat kes paling banyak di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...