Ronaldo Habiskan Masa Kuarantin Untuk Beli Bugatti RM46 Juta


Saingan liga bola sepak dunia kini ditangguhkan akibat COVID-19. Boleh dikatakan kesemua pemain bola sepak sedang menjalani kuarantin serta melakukan latihan kecergasan di rumah masing-masing. Ini termasuk pemain bintang dunia, Cristiano Ronaldo yang sedang kuarantin di kampung halamanya, Madeira.



Tidak seperti orang lain yang akan keluar untuk membeli barang keperluan, Ronaldo menggunakan masa kuarantin di rumah untuk membeli Sport Cars edisi terhad yang hanya dikeluarkan sebanyak 10 unit iaitu Bugatti Centodieci yang bernilai RM46 juta.


Ronaldo kini telah menambah koleksi kereta Bugatti selepas berjaya memiliki 2 buah kereta sebelum ini iaitu Bugatti Chiron dan Bugatti Grand Sport Vitesse. Untuk pengetahuan korang, Bugatti Centodieci direka untuk beri penghargaan kepada Bugatti EB110 dan mempunyai kelajuan sehingga 236 batu sejam.

OHMEDIA : NAMPAKNYA RONALDO MENGGUNAKAN MASA SEBAIKNYA DI RUMAH UNTUK MEMBELI KERETA MEWAH

Sumber: Berita Harian

+ Baca respon pembaca Ronaldo Habiskan Masa Kuarantin Untuk Membeli Bugatti Bernilai RM46 Juta di Facebook Oh! Media


Sumber: Oh! Media