Selepas Simpang Renggam, Kini Hulu Langat Jalani PKPD


Kerajaan memutuskan untuk menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat keatas daerah  Hulu Langat berkuatkuasa malam tadi hingga 13 April setelah mendapati daerah berkenaan mencatatkan kes positif tetinggi berbanding daerah-daerah lain di Selangor dengan mencatatkan 71 kes positif dar 274 penghuni Maahad Tahfiz AnNabawiyyah di Batu 23, Sungai Lui, Hulu Langat.

Ini menunjukkan daerah Hulu Langat adalah daerah kedua yang menjalani PKPD selepas Kluang, Johor. Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dengan pelaksanaan PKPD ini, ia membolehkan aktiviti pengesanan kes dari rumah ke rumah dilaksanakan sepanjang tempoh 14 hari. Sama seperti daerah Kluang, beliau menjelaskan semua aktiviti keluar masuk kawasan berkenaan dan aktiviti perniagaan dihentikan.



Oleh yang demikian, beliau menjelaskan bahawa semua penduduk tidak perlu berasa panik dan sentiasa bertenang serta memberi kerjasama sepenuhnya dengan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa. Bantuan makanaan asas yang mencukupi juga akan dibekalkan kepada penduduk terjejas.

OHMEDIA: TIDAK MUSTAHIL AKAN BERLAKU PKPD DI TEMPAT ANDA SEKIRANYA BERLAKU PERTAMBAHAN KES SECARA MENDADAK DITEMPAT ANDA JIKA MASIH TERDAPAT INDIVIDU YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB MELANGGAR PKP SEDIA ADA.

Sumber: Berita Harian

+ Baca respon pembaca Hulu Langat jalani PKPD di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media