Seorang Warga Emas Jadi Korban Kesebelas


Seorang warga emas disahkan meninggal dunia akibat wabak koronavirus oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada malam semalam, 22 Mac 2020 jam 9.05 malam dan menjadikan Malaysia kes kematian kesebelas, setakat ini.

Mangsa yang meninggal dunia dan juga berlatar belakangkan penyakit kronik merupakan seorang warganegara Malaysia yang berusia 70 tahun. Beliau juga dikatakan mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia pada bulan Februari lepas. Beliau telah disahkan positif covid-19 pada 18 Mac 2020 dengan bantuan pernafasan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

KKM juga melaporkan yang beliau merupakan Pengerusi surau kawasan tempat tinggalnya dan sebelum di masukkan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM pada 18 Mac 2020 lepas, beliau telah menunjukkan gejala tersebut. Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa.


Hari-hari akan ada kes kematian yang berlaku akibat penyakit covid-19 dan Ohmedia harapkan semoga wabak ini akan berakhir supaya semua orang akan hidup dengan aman dan tenang seperti sediakala. Semua orang perlu ikut apa yang diperintah kerajaan supaya wabak ini dapat dicegah dengan cepat ya gais.

Sumber : KKM Putrajaya

+ Baca respon pembaca kematian pesakit covid-19 kesebelas di Facebook Oh! Media.


Sumber: Oh! Media