Shafie Ahmad, Penyanyi Lagu Selagi Ada Rindu Meninggal Dunia


Pasti ramai yang mengetahui lagu ini kan. Lagu yang cukup popular pada era 90 an itu yang dinyanyikan oleh Shafie Ahmad atau lebih dikenali sebagai Pak long telah disahkan meninggal dunia di Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani pada petang semalam.

Menurut sumber, beliau dikatakan meninggal gara-gara mengalami masalah paru-paru berair. Pak long menghembuskan nafas terakhirnya pada 6.50 petang semalam selepas tiga hari beliau dimasukkan ke ICU.

Arwah bapa dirawat di HSAH sejak 8 Februari lalu, selepas dipindahkan dari Hospital Sik. Sebelum ini abah dirawat di Hospital Sik selama 25 hari iaitu sejak awal Januari lalu akibat demam panas. Doktor beritahu paru-paru abah berair selain turut mengesyaki abah menghidap kanser darah,-katanya

Selain lagu 'Selagi Ada Rindu', Pak long juga turut dikenali dengan lagu 'Cinta Pantai Merdeka' yang dinyanyikan oleh kumpulan Tropika dan lagu 'Al-Jannah' nyanyian Mawi.

OHMEDIA: OHMEDIA UCAPKAN SALAM TAKZIAH KEPADA AHLI KELUARGA ARWAH, SEMOGA ARWAH DITEMPATKAN DI KALANGAN ORANG YANG BERIMAN.

Sumber: Berita Harian

+ Baca respon pembaca penyanyi selagi ada rindu meninggal dunia di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media