--> Skip to main content

Syed Saddiq Dermakan Semua Gaji Untuk Bantu Keluarga Terjejas


Hari ini Malaysia sudah masuk hari ke-3 Perintah Kawalan Pergerakan dan diharapkan agar kita semua terus bersabar dan duduk di rumah diam-diam. Jangan keluar untuk beriadah dan bersiar-siar. Kita juga sudah melihat banyak pesanan yang dikongsikan, tidak kira dari kalangan artis, ustaz, rakyat mahupun ahli politik sendiri.

Bagaimanapun Ohmedia tertarik dengan perkongsian seorang pengguna Twitter Adam Mukhriz yang mengatakan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq telah mendermakan semua gaji bulanannya untuk diberikan kepada mereka yang memerlukan di saat wabak ini.


Ini sekaligus menarik perhatian netizen dan perbuatan YB Syed Saddiq ini diharapkan dapat menjadi contoh untuk terus berkorban demi keselamatan dan keamanan negara.

Sebelum ini, Syed Saddiq turut berkongsi dan menasihatkan orang ramai untuk berada di rumah dan kekal sihat. Walaubagaimanapun, sehingga kini masih belum ada sebarang pengesahan dari Syed Saddiq sendiri mengenai perkara ini.


OHMEDIA: SIFAT INI SANGAT BAIK UNTUK KITA CONTOHI DAN SUDAH JADI TANGGUNGJAWAB KITA UNTUK MEMBANTU MEREKA YANG MEMERLUKAN.

Sumber: Twitter Adam Mukhriz | Syed Saddiq

+ Baca respon pembaca terharu lihat syed beri semua gaji di Facebook Oh! Media.


Sumber: Oh! Media
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...