Tiga mata lebih penting daripada kejayaan peribadi - Dominique Da Sylva

.ALOR SETAR : Empat gol jaringan penyerang baharu Terengganu FC (TFC) Dominique Da Sylva memang mengejutkan penyokong Kedah apabila menyaksikan skuad Lang Merah tewas 3-4 pada aksi Liga Super di Stadium Darul Aman.

Menurut penyerang kelahiran Mauritania berusia 30 tahun ini, beliau tidak menjangkakan jumlah gol besar dapat diciptanya di Stadium Darul Aman, malah menganggap hasil ini sesuatu yang tidak mudah dilakukan.

"Saya sangat gembira dapat membantu pasukan diatas kemenangan ini kerana bukan mudah untuk untuk mencipta banyak gol ditempat lawan."

"Selepas kekalahan pertama bersama pasukan di laman sendiri minggu lalu, saya berazam mahu bangkit menyumbangkan gol untuk pasukan bagi mendapatkan tiga mata di tempat lawan semalam."

"Ini bukan usaha saya seorang tapi usaha semua rakan sepasukan yang telah bekerja keras dan tidak menyerlah kalah bagi memastikan kejayaan pasukan." katanya

Ditanya mengenai kemampuan dirinya yang cepat menyesuaikan diri sebagai pemain baharu di Liga Malaysia, bekas penyerang Ho Chin MinCity dan Saigon FC yang beraksi di Liga Vietnam ini berkata beliau bertindak dengan terus meningkatkan fokus melalui kombinasi terbaik bersama rakan pasukan.

"Kali terakhir saya menjaringkan empat gol adalah sewaktu saya beraksi di Liga Vietnam, kali ini saya perolehi peluang sekali lagi di Liga Malaysia dan saya harap ini akan membangkitkan lagi semangat saya untuk terus mencipta gol pada perlawanan akan datang."

"Saya tidak meletakkan harapan tinggi untuk menjadi penjaring terbanyak di Liga Malaysia tetapi saya mahu pastikan jumlah jaringan yang terbaik pada setiap perlawanan yang dilalui"

"Saya juga mahu melupakan jaringan yang sudah saya lakukan dan saya mahu memberi tumpuan baharu untuk mencari gol pada perlawanan akan datang dan apa pun sumbangan yang dilakukan saya sangat berpuashati apabila dapat membantu pasukan mencapai kemenangan." katanya. - Berita Harian