Kedua-dua peranti iOS dan Android mempunyai kelebihan dan kekurangan mereka. Namun secara generalise nya, iOS lebih senang untuk digunakan manakala bagi Android menawarkan lebih banyak cara untuk customize dan configuration.
Walaubagaimanapun, banyak trick tersembunyi yang anda boleh temukan pada iOS. Sekiranya anda tidak menjumpainya setelah lama menggunakannya, kemungkinan anda belum mengkajinya. Berikut adalah 5 trick berguna untuk iPhone user yang boleh digunakan.
Cipta Getaran Secara Custom
Sumber gambar dari Goole |
Caranya adalah dengan pergi ke Setting, pilih Sounds & Haptics, kemudian RIngtone, selepas itu Vibration, pilih Create New Vibration, dan lukiskan paten yang diinginkan kemudian simpan.
Menyahaktifkan in-app rating dan review
Sumber gambar dari The App Factor |
Bagi mengatasi masalah ini caranya adalah pergi ke Setting, pilih Apple ID (paling atas dengan nama anda), kemudian pergi ke iTunes & App Store dan skrol kebawah kemudian disable In-app Rating & Review.
Tandatangan dokumen
Sumber gambar dari Gadget Hacks |
Caranya adalah dengan preview attachment berkenaan di Mail app. Kemudian pilih toolbox icon dan kemudian Signature button pada Markup preview. Turunkan tandatangan mengunakan jari pada skrin dan pilih Done. Selepas itu letakkan tandatangan berkenaan ditempat sepatutnya, pilih Done sekiranya sudah selesai.
Mengukur dan menyemak permukaan
Sumber gambar dari 5to9Mac |
Caranya, pergi ke ikon Utilities, kemudian pilih Measure. Disana terdapat dua pilihan sama ada anda mahu mengukur benda (panjang) atau menyemak rata permukaan.
Menerima notifikasi melalui flash kamera
Sumber gambar dari Cnet |
Untuk menghidupkan ciri berkenaan, anda perlu pergi ke Setting, dan pilih Accessibilty. Pilih Audio/Visual dan tukar kepada LED Flash pada Alert Toggle berkenaan. Sekiranya anda tidak mahu diganggu pada saat telefon anda dalam keadaan silent mode, anda boleh memilih untuk lampu berkenaan tidak menyala.
OHMEDIA: MUNGKIN ADA DIANTARA DIANTARA ANDA SEMUA YANG DAH TAHU TRICK-TRICK INI. PADA YANG BARU TAHU, SEMOGA TRICK INI BERGUNA PADA ANDA.
Sumber: Bussines Insider | Popular Science
+ Baca respon pembaca 5 trick berguna untuk iPhone user yang boleh digunakan di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media