Caprice Dikejarkan Ke Hospital


Menurut laporan Berita Harian, penyanyi rap Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli telah dikejarkan ke sebuah pusat perubatan yang terletak di Ampang kerana beliau mengalami sakit dada dan sesak nafas.

Walaubagaimanapun, penyanyi lagu Baby Sayang itu dikatakan keadaannya sudah mula stabil dan hasil pemeriksaan didapati mengalami Refluks Gastroesofagus (Gerd) atau masalah asid perut berlebihan.

Pagi tadi, tiba-tiba saya sakit dada dan sesak nafas sehingga hampir pitam. Saya menelefon ambulans yang membawa saya ke sebuah pusat perubatan swasta di Ampang. Ketika itu, saya terbayang masalah jantung. Selepas menjalani pemeriksaan termasuk ujian darah, Alhamdulillah, kesakitan ini tidak membabitkan jantung. Sebaliknya, saya mengalami masalah asid perut berlebihan atau gerd. Selepas rawatan dan diberi ubat, doktor membenarkan saya pulang. Penyakit ini ada kaitan dengan pemakanan dan bersangkut-paut dengan faktor tekanan. Justeru, doktor menasihatkan saya menjaga makan dan bijak mengawal emosi. Saya mesti elak daripada tekanan. Apabila terlalu banyak berfikir ditambah dengan tak cukup tidur, secara tidak langsung menyumbang kepada penyakit ini. Selepas ini, saya kena lebih mengambil berat soal penjagaan kesihatan.

Menerusi entri di Instagramnya, @capriceofficial rata-rata ramai orang mendoakan agar penyanyi itu segera sembuh dan tidak ada perkara buruk berlaku ke atas dirinya. Get well soon, Caprice!

OHMEDIA: JANGAN TEKANAN SANGAT BRO.

Sumber: Berita Harian | Instagram

+ Baca respon pembaca doakan Caprice di Facebook Oh! Media.









Sumber: Oh! Media