Setiap orang pasti pernah mengalami masalah batuk sehingga mengeluarkan kahak. Ianya sudah tentu akan membuatkan korang rasa tidak selesa pada tekak dan kadangkala rasa sukar untuk bernafas. Oleh yang demikian, Ohmedia nak kongsi dekat korang cara untuk menghilangkan kahak dengan berkesan.
Campurkan sedikit madu bersama air suam dan minum setiap hari sehingga kahak hilang kerana madu mampu untuk merawat tekak dan membunuh kuman yang ada pada kahak. Selain itu, makanan pedas juga boleh melegakan tekak serta menghalang kahak dari terkumpul di belakang tekak. Oleh itu, korang disarankan untuk mengambil makanan pedas jika terdapat banyak kahak yang terkumpul di tekak.
Seterusnya, dengan hanya minum air kosong sebanyak 8 gelas atau 2 liter sehari boleh mengurangkan kahak di tekak. Hal ini disebabkan air dapat membantu untuk menghilangkan kahak yang ada di belakang tekak. Untuk pengetahuan korang, terdapat satu lagi cara untuk menghilangkan kahak yang berlebihan iaitu dengan makan bawang putih secara mentah. Ini kerana bawang putih mengandungi sulfur yang dapat membantu mencairkan kahak yang pekat.
OHMEDIA : SEMOGA TIPS INI DAPAT MEMBANTU KORANG YANG SERING MENGALAMI MASALAH SAKIT TEKAK DAN KAHAK
+Baca respon pembaca cara untuk menghilangkan kahak di tekak di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media