COVID-19 : 750 Warga Felda Kemaman Terima Bantuan



KEMAMAN, 1 April - 750 warga felda di daerah ini teruja apabila menerima sumbangan berupa barangan dapur daripada Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Dato' Dr Khairuddin Aman Razali semalam.

Ahli Parlimen Kemaman, Che Alias Hamid yang mewakili Dr Khairuddin menyerahkan bantuan tersebut kepada badan bukan kerajaan (NGO) Generasi untuk diagihkan kepada komuniti felda setempat.

Pengerusi Generasi, Naraza Muda berkata, bantuan seperti beras, minyak masak dan keperluan lain itu pastinya akan membantu warga felda untuk hidup dengan lebih sempurna dalam suasana penularan wabak COVID-19.

"Terima kasih kepada semua kerana memberi kepercayaan buat Generasi bagi menguruskan agihan barang bantuan ini," ujarnya dalam ucapan penghargaan.

Majlis penyampaian bantuan berkenaan turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahari Mamat, Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Wan Ramli dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili.

Majlis tersebut diadakan di Pejabat Felda Kertih 1 dengan mengamalkan penjarakan sosial sebagaimana saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).



Sumber: teganukita.net