COVID-19 : Kadar Faedah Skim Kredit Mikro Dimansuh - PM

Foto ihsan - NST.

PUTRAJAYA, 6 April - Bagi meringankan beban kewangan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) kerajaan bersetuju memansuhkan kadar faedah dua peratus untuk Skim Kredit Mikro yang membabitkan dana sebanyak RM500 juta di bawah Bank Simpanan Nasional (BSN).

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata skim pinjaman mudah untuk syarikat mikro ini juga dipanjangkan kepada TEKUN Nasional dengan had maksimum pinjaman sebanyak RM10,000 setiap syarikat, tanpa faedah.

"Untuk tujuan ini, dana sebanyak RM200 juta akan disediakan.

"Pemohon hanya boleh memilih salah satu daripada skim ini bagi membolehkan lebih ramai peniaga menikmati kemudahan ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengumumkan Langkah Tambahan Bagi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau 'PRIHATIN TAMBAHAN' berjumlah RM10 bilion, hari ini.


Sumber: teganukita.net