Kita sambung balik dalam episod topeng muka yang ramai orang nampaknya sudah cuba mengeluarkan topeng muka ciptaan mereka sendiri dan dijual pula pada harga yang tidak masuk akal. Korang pun tahu yang sebelum ni ada seorang usawan kosmetik yang viral bila menjual topeng muka tak tembus angin tapi tembus air yang bernama ehem-ehem.
Tapi, cerita ni tak habis dekat sini je bila seorang pengamal perubatan yang bernama Dr Ahmad Zakimi Abdullah tampil berkongsi di Facebooknya tentang pentingnya memakai topeng muka yang mempunyai tiga lapisan dan setiap lapisan ini berbeza dari fungsinya.
Lapisan luar (Outer layer) biasanya lapisan berwarna dan berfungi sebagai kalis air (hydrophobic). Lapisan tengan (middle layer) pula ialah filter yang berfungsi untuk menapiis partikel halus. Lapisan dalam (inner layer) bertindak sebagai penyerap droplet yang keluar dari mulut dan hidung si pemakai. - Jelas Dr Zek.
Dr Zek juga menambah persoalan tentang topeng muka DIY yang dibuat sendiri oleh individu bahawa adakah topeng itu selamat? Jadi Dr Zek meminta agar orang ramai lebih berhati-hati dalam pembelian topeng muka.
+ Baca respon pembaca yang ikuti isu ini di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media