Fazura Tampil Berhijab, Minta Maaf Sempena Ramadan


Ohmedia suka betul bila melihat penyanyi dan pelakon jelita, Nur Fazura tampil dengan imej berhijab. Rasa sejuk mata memandang tau! Alhamdulillah, memandangkan hari ni hari pertama...semakin ramai artis memakai tudung untuk menghormati di bulan mulia ini.



Assalamualaikum. Cantik tak kaftan rekaan peribadi bonda @profmuhayaofficial untuk Faz? Faz dan Bonda sememangnya percaya pada kuasa yang ada pada kata-kata positif kerana setiap perkataan yang kita baca dan ungkapkan akan memberi impak kepada pemikiran serta perasaan kita. Kepentingan kata-kata yang baik boleh menentukan emosi kita yang menyumbang kepada keharmonian, kegembiraan, ketenangan, sifat bersyukur serta hati yang baik.. InsyaAllah. Terima kasih buat Bonda tersayang atas hadiah kaftan yang cukup istimewa ini. Sayang sangat pada Bonda. Faz juga ingin mengucapkan Terima kasih buat @tudungruffle kerana menghadiahkan Faz, tudung bawal yang bukan satu tapi 13 warna yang sangat cantik untuk Faz. Semoga dilimpah kurniakan lagi rezeki buat keluarga @tudungruffle . Bersempena sambutan bulan Ramadhan yang mulia lagi barakah ini.. saya, Nur Fazura ingin mengambil kesempatan ini dengan hati yang luhur ikhlas untuk memohon ampun dan maaf jika ada tersalah bahasa, perbuatan mahupun kesilapan yang disedari dan tidak disedari. Doa Faz semoga kita dapat menjalani ibadah puasa ini dengan sebaik-baiknya dan mendapat keredhaan Allah SWT.. Amin Allahuma Amin. Salam Ramadhan Al Mubarak. 🤲🏻💖✨
A post shared by Nur Fazura (@missfazura) on
Baru-baru ini, Fazura memuatnaik satu posting di Instagramnya, @missfazura berserta kapsyen memohon maaf kepada umum sempena bulan Ramadhan. Dia juga mengharapakan agar semua mendapat reda dariNya dan dapat menjalani ibadah puasa dengan baik.

Assalamualaikum. Cantik tak kaftan rekaan peribadi bonda @profmuhayaofficial untuk Faz? Faz dan Bonda sememangnya percaya pada kuasa yang ada pada kata-kata positif kerana setiap perkataan yang kita baca dan ungkapkan akan memberi impak kepada pemikiran serta perasaan kita. Kepentingan kata-kata yang baik boleh menentukan emosi kita yang menyumbang kepada keharmonian, kegembiraan, ketenangan, sifat bersyukur serta hati yang baik.. InsyaAllah. Terima kasih buat Bonda tersayang atas hadiah kaftan yang cukup istimewa ini. Sayang sangat pada Bonda. Faz juga ingin mengucapkan Terima kasih buat @tudungruffle kerana menghadiahkan Faz, tudung bawal yang bukan satu tapi 13 warna yang sangat cantik untuk Faz. Semoga dilimpah kurniakan lagi rezeki buat keluarga @tudungruffle . Bersempena sambutan bulan Ramadhan yang mulia lagi barakah ini.. saya, Nur Fazura ingin mengambil kesempatan ini dengan hati yang luhur ikhlas untuk memohon ampun dan maaf jika ada tersalah bahasa, perbuatan mahupun kesilapan yang disedari dan tidak disedari. Doa Faz semoga kita dapat menjalani ibadah puasa ini dengan sebaik-baiknya dan mendapat keredhaan Allah SWT.. Amin Allahuma Amin. Salam Ramadhan Al Mubarak.

OHMEDIA: CANTIKNYA FAZURA! DAHLAH HUMBLE, PATUTLAH RAMAI SAYANG FAZURA. HEHE

Sumber: Instagram

+ Baca respon pembaca minat Fazura di Facebook Oh! Media.


Sumber: Oh! Media