--> Skip to main content

foodpanda Lancarkan Kempen #HanyaKeranamu, Beri Penghargaan Kepada Barisan Hadapan Makanan


Baru-baru ini, foodpanda telah melancarkan kempen #HanyaKeranamu bertujuan untuk mengucapkan terima kasih kepada pekerja ataupun individu yang membekalkan rantaian makanan di Malaysia semasa Perintah Kawalan Pergerakan. Kempen ini hasil kolaborasi antara foopanda bersama Dentsu Aegis Network (DAN).


Kempen ini dibuat untuk meminta orang ramai berkongsi di Instagram, Twitter dan juga Facebook dengan hashtag #HanyaKeranamu untuk memberi penghargaan kepada petani, nelayan, pekerja bekalan makanan, tukang masak, penunggang dan banyak lagi yang bekerja keras untuk memastikan semua rakyat Malaysia tidak putus untuk dapatkan bekalan makanan.

Semua perkongsian yang korang buat menggunakan hashtag #HanyaKeranamu akan dikumpul sebelum dipaparkan pada papan iklan digital dinamik setiap hari untuk diberi penghargaan kepada barisan hadapan makanan.


foodpanda juga ada membuat video yang berdurasi seminit di Youtube untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada barisan hadapan yang bertungkus lumus bekerja dalam industi makanan. Video itu juga akan disiarkan di media Prima, Astro, RTM dan platform video-on-demand sehingga 30 April nanti.



Sumber: Oh! Media
Tarikh Artikel: 27 April 2020
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...