Georgina Akhirnya Berjaya Rantai Ronaldo Selepas Banyak Wanita Jelita Cuba Menghampiri


Asyik kisah cinta artis Malaysia jer, cuba kita tengok kisah cinta pemain bolasepak popular dunia iaitu Cristiano Ronaldo. Jika kita cerita pasa kisah cinta Ronaldo ni, memang ada macam-macam cerita. Kahwin lari dan sebagainya. Tapi, nampaknya seorang gadis bernama Georgina Rodriguez antara yang berjaya merantai Ronaldo sehingga sekarang!

Ronaldo dan Georgina sebelum ini pernah dilaporkan kahwin lari di Maghribi, tetapi ia dinafikan oleh Ronaldo dan Georgina turut mengatakan yang dia masih belum menerima lamaran dari bintang Juventus ini.


Mungkin juga kerana Ronaldo, 35 tahun sudah cukup tua dan matang yang malas nak bercinta lagi. Seblum ini, terlalu banyak gadis jelitawan yang dikaitkan dengan Ronaldo, seperti selebriti Hollywood Paris Hilton dan Kim Kardashian.

Bukan setakat itu, Ronaldo juga pernah bercinta dengan adik kepada pemain bola tau seperti adik kepada rakan sepasukannya di Benfica, Mario Jardel iaitu Jordana Jardel yang menjadi teman wanita pertamanya selepas dia bergelar pemain profesional. Selain itu, adik kepada Juliano Belletti iaitu Luana Belletti; Lucia Villalon; Soraia Chaves dan Karina Ferro juga pernah bersama Ronaldo.


Itu semua kisah silam Ronaldo. Biasalah bukan mudah nak mencari wanita yang setia, lagi-lagi bila kita mempunyai nama dan kekayaan. Tengoklah tu, Georgina kerjakan rambut Ronaldo masa perintah berkurung ni.


Tetapi apa agaknya yang Georgina lakukan sehingga berjaya mengikat Ronaldo? Setakat ini, mereka sudah memiliki seorang anak perempuan bernama Alana dan semoga kekal hingga akhir hayat lah ya.


Sumber: Berita Harian

+ Baca respon pembaca yang meminati Ronaldo di Facebook Oh! Media.


Sumber: Oh! Media