Hanafiah Serah Bantuan 100 Tukang Gunting Rambut


Oleh: Ahmad Ezani Razali

KEMAMAN, 24 April - Seramai 100 orang tukang gunting rambut di Dewan Undangan Negeri (DUN) Cukai menerima bantuan berbentuk wang tunai dan sekampit beras.

Mereka menerima sumbangan tersebut daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cukai, Hanafiah Mat dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Cukai, kelmarin.


Pemilik Bayu Pesona Beauty Saloon, Nur Aziah Ismail mewakili semua penerima mengucapkan ribuan terima kasih kepada Hanafiah dan kerajaan negeri yang prihatin terhadap mereka.

"Alhamdulillah, dengan bantuan yang diberikan ini sempena menyambut bulan Ramadan sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang dihadapi oleh kami dalam menghadapi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan di negara kita pada ketika ini," ujarnya.

Beliau yang ditemui selepas selesai majlis tersebut turut mengharapkan perhatian yang berterusan daripada kerajaan negeri pada masa akan datang.

Sumber: teganukita.net