Honor 9X Pro Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga Rm999 Sahaja


Hari ini, Honor Malaysia telah melancarkan peranti terbarunya iaitu Honor 9X Pro selain beberapa produk baru yang lain di pasaran Malaysia. Ianya hadir dengan menggunakan Huawei AppGallery yang mengantikan Google Play Store untuk memuat turun aplikasi-aplikasi. Honor 9X Pro ini dijual di Malaysia pada harga RM999 yang juga dikatakan sama harga dengan Honor 9X bukan Pro yang telah dilancarkan Novemver 2019 lalu.


Telefon pintar terbaru Honor ini dijana dengan cip pemprosesan Kirin 810. Ianya hadir bersama tiga kamera belakang dengan sensor utama 48 megapixel serta dua lagi sensor iaitu 8 megapixel kamera sudut lebar dan 2 megapixel depth sensor. Untuk selfie pula, ia hadir dengan kamera pop-naik bersama 16 megapixel. Apa yang Ohmedia tertarik, Honor 9X Pro ini ada cecair penyejukkan bagi penggunaan tempoh masa yang agak lama dengan lancar. Oh ya, skrin pada Honor 9X Pro ini bersaiz 6.59 inci gais.

Bukan itu saja, korang akan dapat gelang tangan pintar mereka iaitu Honor Band 5i secara percuma sementara stok masih ada sekiranya korang membeli telefon pintar terbaru Honor ini. Ianya akan dijual bermula 17 April 2020 nanti. Ohmedia jatuh cinta dengan warna Phantom Purple pada Honor 9X Pro ni, lawa gila gais.

Sumber : Honor Malaysia

+ Baca respon pembaca Honor 9X Pro telah dilancarkan di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media