Izara Aishah Selamat Lahirkan Bayi Sulung!


Alhamdulillah, tahniah Ohmedia ucapkan kepada seorang pelakon, Izara Aishah kerana selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.9kg semalam. Perkongsian itu telah dimuatnaik oleh ibu mentuanya, Datin Seri Tengku Zawiyah di Instagram Stories, @teezac.



Alhamdulillah dan tahniah kepada kami. Cucu kami telah selamat dilahirkan hari ini. Semoga Allah merahmati puteri kesayangan kami dan saya pasti Izara akan menjadi ibu yang terbaik. -kata Zawiyah



Wah, Ohmedia tak sangka Izara sudah bergelar seorang ibu tau! Apapun, Ohmedia doakan agar puteri kesayangan Izara dan Adib menjadi seorang anak yang solehah dan sentiasa mentaati ibu bapa. Selamat berpantang!



OHMEDIA: TAK SABAR NAK TAHU NAMA DAN LIHAT WAJAH ANAK PUTERI KESAYANGAN IZARA.

Sumber: Instagram

+ Baca respon pembaca ucap tahniah di Facebook Oh! Media.


Sumber: Oh! Media