KKM Jangka Kes Baharu Satu Angka Pertengahan Mei Ini


Hari ini menerusi satu sidang media harian mengenai statistik COVID-19, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menjangkakan kes baharu akan berjaya turun kepada rekod satu angka menjelang pertengahan Mei.

Kenyataan berkenaan dikeluarkan setelah mengambil kira pola kes baharu COVID-19 di Malaysia yang kini dalam fasa pemulihan kerana berjaya merekodkan dua angka jangkitan baharu sejak beberapa hari kebelakangan ini.

Sumber dari Outbreak
Namun beliau menjelaskan, jangkaan berkenaan dapat dicapai sekiranya orang ramai masih mermberi kerjasama untuk kekal berada dirumah serta menjaga kebersihan diri dan melakukan social distancing sekatu berada diluar.

Sebanyak 31 kes baru dicatatkan dan 1 kematian direkodkan menjadikan jumlah masing-masing kepada 5,851 kes positif COVID-19 dan 100 kematian. Manakala 75 orang telah discaj, menjadikan angka sembuh meningkat kepada 4,032 orang, dan baki seramai 1,719 orang masih dirawat.



OHMEDIA: KEJAYAAN MENGURANGKAN KES KEPADA SATU ANGKA BERGANTUNG KEPADA KITA SEMUA, SEMAKIN KITA BERI KERJASAMA, SEMAKIN DEKAT KEMENANGAN KITA MELAWAN COVID-19

Sumber: Berita Harian

+ Baca respon pembaca KKM jangka kes baharu satu angka pertengahan Mei ini di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media