KOPERAT Sumbang 30 Unit Payung Besar Untuk PDRM



Oleh : Mohd Zukifli Mat

KUALA TERENGGANU, 20 April, Konsortium Perumahan Rakyat Terengganu (KOPERAT) menyumbang 30 unit payung besar untuk digunakan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di IPD Kuala Terengganu hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh yang juga Lembaga Pengerusi KOPERAT,  Hishamuddin Abdul Karim berkata sumbangan ini adalah satu suntikan semangat buat anggota dan pegawai PDRM dalam memberikan perkhidmatan terbaik sepanjang tempoh  PKP dilaksanakan

Katanya, kegigihan pasukan PDRM dalam mengawal pergerakan orang ramai sangat penting dalam memastikan rantaian Covid 19 dapat diputuskan.

"Mewakili ahli masyarakat, saya merakamkan jutaan terima kasih kepada semua anggota PDRM serta Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan mereka merupakan sebahagian daripada frontliners yang gigih mengekang penularan wabak ini.

"Saya juga memohon semua ahli masyarakat agar jangan ambil hati dengan ketegasan pihak anggota keselamatan. Hormati dan patuhi arahan. Semuanya untuk kebaikan kita bersama," katanya kepada wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) ketika ditemui selepas program berkenaan.

Turut hadir, Pengurus Besar Konsortium Perumahan Rakyat Terengganu Sdn. Bhd. (KOPERAT) Tuan Sayed Abdul Rahman Engku Sulong.

Hishamuddin turut mengucapkan tahniah kepada ACP Abdul Rahim Md Din yang sangat berdedikasi dalam memimpin hampir 400 anggota setiap hari di seluruh daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.

Sementara itu, pihak Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Tepoh turut menyumbangkan 1500 unit penutup muka untuk kegunaan anggota PDRM.



Sumber: teganukita.net