--> Skip to main content

Lagi Ikan Cencaru Untuk Rakyat, 4,500 Kilogram Diagih


Oleh : Zulkifli Mat

KUALA NERUS, 17 April - Bukan Badan Kerajaan (NGO) Tepoh Care dan Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tepoh mengagihkan 4,500 Kilogram ikan cencaru kepada peduduk  di kawasan berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, Hishamuddin Abdul Karim berkata, agihan melalui Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) menyasarkan seluruh rakyat yang terjejas akibat COVID-19.

"Sumbangan bersama yang dihulurkan ini diharap mampu meringankan sedikit bebanan semua walaupun tidak seberapa.

"Insya-Allah kami akan terus bergerak ke depan tanpa mempedulikan kemuncup (cakap-cakap belakang) jalanan," katanya semasa mengagihkan bantuan itu di Dewan Serbaguna Tepoh semalam.


Dalam masa yang sama, beliau mengalu-alukan penyumbang yang berhasrat untuk berkongsi rezeki bersama rakyat.

"Yang berminat memberi bantuan boleh hubungi pihak Tepoh Care atau PKM DUN Tepoh.

"Terima kasih juga kepada yang telah menyumbang, dan tidak lupa buat semua anggota kerja MPKK atas usaha gigih yang dilaksanakan di peringkat kampung," tambah beliau.





Sumber: teganukita.net
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...