--> Skip to main content

LG Velvet, Telefon Pintar Baru Akan Datang LG


Semalam, LG secara rasminya telah mengumumkan nama untuk telefon pintar mereka yang akan datang selepas berkongsi reka bentuk telefon tersebut sebelum ini. Nama yang telah dipilih mereka untuk pelancaran telefon akan datang ini ialah LG Velvet.

Sebelum ini, penjenamaan telefon pintar dari LG ini akan berasaskan abjad dan angka seperti siri V dan siri G betul tak? Tetapi kali ini, secara pertama kali LG menamakan peranti mereka yang dengan strategi penjenamaan baru yang tidak menggunakan abjad seperti siri-siri sebelum ini.


LG juga mengatakan yang penjenamaan baru ini akan memberikan penekaan kepada rekabentuk peranti tersebut dan mengikut trend. Buat masa ini, kita masih belum dapat info bilakah LG akan keluarkan model peranti barunya itu. Ohmedia rasa, bila LG berbuat sedemikian dengan penjenamaan telefon pintar mereka yang akan datang ni, ia akan membuatkan telefon pintar itu nampak eksklusif.

Sumber : LG

+ Baca respon pembaca peranti akan datang dari LG di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media
Tarikh Artikel: 13 April 2020
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...