Mohon Sorokkan Info Ini Dari Pengetahuan Isteri Anda! Mesin Thermomix Dikatakan Mampu Masak Automatik


Kecoh di media sosial sekarang ni tentang satu alat yang boleh memasak pelbagai jenis makanan tanpa memerlukan kita menunggu lama. Macam mana tu? Ramai juga para suami yang membuat laporan kepada kami di Ohmedia yang mengatakan isteri sudah mula meminta suami untuk membelikan satu di rumah. Wah! Mungkin korang kena sorokkan artikel ni dari pengetahuan isteri korang! Hehe.

Dari hasil carian kami, rupanya ada satu mesin mewah masakan automatik bernama Thermomix dan ia dikatakan mampu menghasilkan pelbagai jenis makanan dalam satu masa yang sama. Apa yang lebih menarik perhatian para wanita di luar sana adalah, mesin ini tidak memerlukan kepakaran memasak seseorang dan kita hanya perlu ikut resepi yang ditetapkan dan memasukkan segala bahan yang diperlukan. Jadi, mesin ini akan mencampurkan semua bahan dan memasak untuk kita sehingga siap untuk dihidang.


Patutlah para isteri jadi tak tentu arah dan kecoh di media sosial, rupanya mesin ini dikatakan telah diguna oleh Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah juga. Mesin ni memang bagus juga, tapi berapa pula harganya?

Sebelum Ohmedia bagi tahu harga mesin ni, harap para suami diluar sana tarik nafas panjang-panjang ya. Haha! Hasil dari pemerhatian kami, mesin ini tidaklah mahal sangat dan tidak juga murah. Hanya RM7,188 sahaja gais! Ok, selamat menjamu selera!

Sumber: Oh! Media