Google Instant Apps telah ditawarkan untuk pengguna Android bagi mencuba dulu sesuatu aplikasi dengan mudah tanpa memuatnaiknya pada peranti Android korang. Memang senang kan, kita boleh tengok macam mana sesuatu aplikasi tu berfungsi sebelum memuat naik secara penuh dan sekaligus tidak membuang masa kita.
Menurut 9to5Mac, fungsi yang sama seperti Google Instant Apps untuk pengguna iOs pula akan ditawarkan oleh Apple. Tapi masih belum pastikan lagi sama ada yang ianya fakta ataupun auta. Menerusi kod pembangunan pada iOS 14, ciri yang sama akan ditawarkan yang dinamakan ‘Clips’. Fungsinya dikatakan berjalan dengan pengguna penggimbas sebuah kod QR, dan mendapatkan pengalaman untuk menggunakan sesuatu aplikasi itu tanpa memuat turunnya terlebih dahulu.
Ini mungkin belum diketahui sepenuhnya dan akan diumumkan nanti sekiranya ia memang betul dibuat oleh Apple. Kalau betul Apple buat ciri seakan sama macam apa yang telah sedia ada di Android itu, memang baguslah kan dan sekaligus memudahkan penggunanya yang mempunyai internet yang tak berapa nak laju. Kah!
Sumber : 9to5Mac
Sumber: Oh! Media