--> Skip to main content

PDRM Terima Aduan & Ambil Tindakan Tegas Isu Penipuan Topeng Muka


Bagus! Inilah yang terbaik untuk memberi pengajaran dekat mereka yang suka ambil kesempatan di dalam kesempitan. Korang mesti tahu yang sekarang sudah ramai pula mereka yang secara tiba-tiba mengeluarkan topeng muka ciptaan mereka sendiri dan ini tidak dibenarkan kerana tidak mempunyai kelulusan dari KKM. Jual pula pada harga yang mahal.

Sebentar tadi, dalam leporan harian Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ada menyatakan pihak PDRM tidak akan membiarkan perkara ini berlaku dan akan mengambil tindakan tegas terhadap isu penipuan topeng muka.

Setakat ini negara merekodkan jumlah kerugian sebanyak RM4.2 juta untuk kes penipuan topeng muka ini. Jadi, kalau korang ada jumpa mana-mana penjual yang diragui, boleh lakukan aduan terus dan jangan takut!


Berkenaan dengan isu langgar PKP pula, nampaknya masih ramai yang berdegil selepas semalam pihak polis telah menahan seramai 1,174 individu dan seramai 1,012 individu telah direman dan 162 lagi dilepaskan dengan jaminan polis. Adakah korang juga nak menjadi mangsa seterusnya?

Sumber: Bernama

+ Baca respon pembaca yang geram dengan penipuan di Facebook Oh! Media.


Sumber: Oh! Media
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...