Pemakanan Yang Tidak Baik Untuk Kanak-Kanak


Ibu bapa pada masa kini banyak memberi anak makanan yang ringan seperti biskut, gula-gula dan makanan segera sehingga menyebabkan mereka ketagih. Namun ibu bapa tidak mengetahui bahawa makanan tersebut boleh membuatkan perkembangan otak anak mereka terbantut.


Oleh yang demikian, Ohmedia nak kongsi makanan dan minuman yang tidak baik untuk pembesaran kanak-kanak. antaranya makanan segera kerana ia mempunyai banyak bahan pewarna, bahan pengawet dan gula. Makanan ini tidak digalakkan untuk anak yang masih kecil kerana mampu untuk mengundang penyakit dan masalah kesihatan.


Selain itu, minuman berkarbonat juga tidak bagus diberikan pada mereka kerana mengandungi gula, pemanis, kafein dan macam-macam lagi. Hal ini disebabkan kandungan yang terdapat pada minuman berkarbonat tidak sesuai untuk perkembangan kanak-kanak yang masih kecil. Tukar minuman itu kepada susu dan berikan kepada mereka. Justeru itu, ibu bapa perlu memainkan peranan penting untuk pemakanan anak yang masih kecil  bagi memastikan mereka sihat pada masa depan.

OHMEDIA : SEMOGA MAKLUMAT INI DAPAT MEMBANTU IBU BAPA UNTUK MEMBESARKAN ANAK  DENGAN CARA YANG SIHAT

+ Baca respon pembaca pemakanan yang tidak baik untuk anak-anak di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media