PM Umumkan PKP Dilanjutkan 2 Minggu Lagi. Putuskan Untuk Terus Berjuang


Baru sahaja sebentar tadi, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menjawab persoalan yang bermain difikiran rakyat samaada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini diteruskan atau tidak?

Dalam pengumuman tadi, pihak kerajaan yang menerima nasihat daripada pihak KKM telah memutuskan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sepatutnya tamat pada 14 April dilanjutkan sehingga 28 April 2020.

Keputusan ini dilihat perlu diambil bagi membolehkan pihak KKM dapat memastikan rantaian wabak COVID-19 ini dapat diputuskan sepenuhnya dan ini juga selepas melihat beberapa negara lain yang merekodkan kenaikan positif COVID-19 selepas menamatkan perintah berkurung di negara mereka.


Oleh itu, bagi mengelakkan perkara ini berlaku kita perlu memastikan Malaysia betul-betul bebas dari wabak ini dan bagi memastikan apa yang kita korbankan selama ini tidak menjadi sia-sia.

PM juga mengumumkan tempoh cuti persekolahan turut dilanjutkan dan menggalakkan pembelajaran secara atas talian.


OHMEDIA: SEMOGA RAKYAT MALAYSIA TERUS BERSABAR DAN PATUH DENGAN ARAHAN YANG DIPUTUSKAN PIHAK KERAJAAN. KITA JAGA KITA!

+ Baca respon pembaca mengenai pelanjuta PKP di Facebook Oh! Media.

Sumber: Oh! Media